Log in | Register
21/11/2024 - Calculating...
Skip to main content

News

Topic: Bersalaman Dengan Bukan Muhrim (Read 1381 times)
0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Bersalaman Dengan Bukan Muhrim

Membaca berita ini, fikiran saya melayang2 ke sekitar tahun 1999 @ 2000. Saya tak pasti sama ada saya masih pelatih dalam kamar (chambering) atau baru menjadi peguam pada ketika itu.

Yang pastinya, pada masa itu ofis saya berada di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur di blok bangunan terakhir sebelum simpang Jalan Raja Chulan ke Bukit Bintang (sebelum menara Maybank).

Petang itu kami sepejabat dijemput menghadiri pejabat firma guaman yang berjiran dengan kami. Meraikan seorang peguam wanita senior yang bakal menjadi ahli politik besar, kata mereka.

Petang itu, seperti dijanjikan, beliau hadir. Kami pun bergegas ke pejabat jiran kami dan masing2 mengucapkan tahniah sambil berjabat tangan.

Saya dengan selamba hanya mengucapkan tahniah sambil menundukkan sedikit kepala sahaja sebagai tanda hormat. Mungkin iman saya tengah kuat masa tu. :)

Situasi itu terasa janggal bagi peguam wanita tersebut dan riak wajahnya terlihat dikawal dengan segera.

Kemudian, beliau bertanya, "Graduate UIA ya?" Saya hanya mengangguk sahaja. "Saya pun belajar di UIA," katanya lagi. "Puan graduate UIA jugak ker?" spontan saya bertanya.

"Eh bukanlah. Saya masih belajar di situ. Diploma Shariah In Legal Practise. Dah lama daftar tapi masih tak sempat nak ikuti kelas. Sibuk sangat."

"Dah berapa lama puan?" saya menyambung soalan. "Dalam empat tahun dah," jawabnya lagi. "Ho..," jawab saya acuh tak acuh.

"Nak tanya sikit kenapa tak bersalam? Saya ni dah berumur. Pangkat makcik jer ni. Tak apakan kalau bersalam dengan saya? Lagipun awak ni muda dan saya anggap macam anak2 saya jer," tiba2 dia menunjukkan skil guaman dan politiknya.

Terkasima saya sekejap. Saya ingatkan 'dah selesai isu salam menyalam tu tadi. Saya hanya tersengih sahaja.

Saya diselamatkan oleh beberapa orang yang mencuit dan menarik perhatian beliau untuk berbual. Mungkin ada lagi beberapa peguam yang masih belum bertegur sama dan beramah mesra dengannya.

Dan saya cepat2 keluar melarikan diri balik ke ofis. Selamatkan diri. Hihihi. ;)

Beliau pernah merasmikan program Rakan Muda Wajadiri di UIA yang manasaya sendiri ada terlibat secara tidak langsung. Beliau perlahan2 naik dan akhirnya pernah menjawat jawatan Menteri.

Tetapi akhirnya, oleh kerana projek fidlot nasional yang diamanahkan kepada keluarga beliau telah mengalami kegagalan dan rakyat bangkit mempersoalkan isu ini, beliau akhirnya mengundur diri daripada jawatan Menteri tersebut.

Kita semua tahu hukumnya, cuma berapa kuatkah iman kita untuk mengelakkannya atas dasar taqwa kepada Allah dan bukannya kepada makhluk.

Sekiranya ada di antara kita yang terlanjur hatta sekadar bersalaman dengan bukan muhrim, maka wajiblah beristighfar dan bertaubat kepada Allah SWT.

Iman itu juga boleh jadi bertambah dan berkurang kekuatannya. Justeru kita perlu menambaik ilmu dan amal serta memperkasakan keduanya bagi kelangsungan kekuatan iman.

Yang paling penting, binalah keikhlasan dan ketaqwaaan kepada Allah SWT.

Allahumma solli 'ala Muhammad, wa 'ala alihi, wa sohbihi, wa barik, wa sallim.

Allahu a'lam.

Peringatan: Menfaatkan baki hari Jumaat kita dengan memperbanyakkan amal soleh.